Ustaz Cikgu Datang lagi!!


Assalamualaikum dan hai semua. Untuk makluman semua, Ustaz Cikgu akan mengadakan lagi Kursus Intensif Matematik Tambahan. Jadual kursus Ustaz Cikgu adalah seperti di bawah :-


Kursus akan berjalan seperti biasa, selama dua hari. Daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang.(18 jam) Makan & minum akan disediakan oleh pihak penganjur. Jadual kursus semasa bulan Ramadhan adalah sedikit berlainan dan akan diberitahu dari semasa ke semasa. Jadi, lawatilah blog Ustaz Cikgu Session – http://ustazcikgu.blogspot.com untuk perkembangan terkini!


Juga, anda boleh hubungi terus di nombor :- 013-206 3522 ataupun 013-210 3647 untuk penjelasan yang lebih terperinci.

Ustaz Cikgu di Kuantan

Pada 7 & 8 haribulan Jun yang lalu Ustaz Cikgu Session telah menganjurkan Kursus Add Math untuk calon SPM tahun ini di Sri Padang Inn, Kuantan, Pahang selama dua hari. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kursus yang berjalan selama 18 jam.











Ustaz Cikgu kelihatan begitu bersemangat memberikan tips-tips dan teknik kepada para pelajar yang terlibat. Para pelajar juga dilihat amat berminat dan teruja mengikuti kelas yang diadakan dan berasa terhibur. 



Sepanjang kursus, Ustaz Cikgu menyediakan senaskhah modul yang diberikan kepada setiap pelajar yang terlibat untuk digunakan semasa kursus dan juga selepas. Dengan pendekatan secara terus yang digunakan oleh Ustaz Cikgu, dapat membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mudah. 

Jika di sekolah mereka akan berasa berat mulut untuk bertanya kepada guru-guru tentang masalah mereka, tetapi di Ustaz Cikgu Session,Ustaz Cikgu dengan sendirinya akan bertanya kepada para peserta tentang persoalan yang tidak difahami. Sikap mesra Ustaz Cikgu atau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Shahir membuatkan para pelajar yang terlibat tidak berasa takut atau malu untuk bertanya.